Internal Value defaultContent

Monday, March 22, 2010

Reading room

Semalam saya ada menonton satu cerita di Astro channel 702 yang bertajuk Reading Room. Ia menceritakan tentang usaha seorang lelaki yang cuba untuk menarik penduduk di suatu penempatan untuk membaca di bilik bacaan yang dibinanya. Memang menarik jika dilihat pada cara untuk dia menarik orang ramai untuk masuk ke bilik bacaan tersebut yang seolah-olah sebuah perpustakaan awam.
Pada hari pertama dan kedua tiada sesiapa pun yang masuk ke 'reading room' tersebut. Namun dia telah meletakkan satu papan tanda dihadapan kedainya yang bertulis " free drink". Apabila kanak-kanak melintas di hadapan 'reading room' tersebut mereka berhenti untuk mengambil minuman dan lelaki ( William) meletakkan syarat bahawa sesiapa yang ingin mendapatkan minuman percuma harus masuk sendiri ke 'reading room' tersebut dan tidak boleh mengambil untuk orang diluar. Hari yang seterusnya dia menyediakan komputer yang penuh dengan game berunsur pendidikan dan menyediakan majalah untuk gadis remaja yang sukakan hiburan. Lama kelamaan 'reading room' itu dipenuhi dengan orang ramai.
Apa yang menarik hati saya pada cerita ini ialah William melantik seorang lelaki yang pernah memecah masuk kedainya sebagai pengawal keselamatan. Hal ini mengingatkan saya pada perkara yang saya pelajari daripada Encik Aziz dahulu. Seorang yang bermasalah, jika diberi tanggungjawab dan kasih sayang dia pasti boleh berubah. Begitu juga dengan cerita dalam reading room ni yang mengandungi pelbagai unsur kasih sayang yang menyentuh hati. " NO HATE BUT LOVE"- HELEN WILLIAM. Inilah kata-kata dari isteri William.

No comments:

Post a Comment