Internal Value defaultContent

Thursday, March 4, 2010

Asignment!!!

Minggu ni minggu yang penuh dengan asignment.. Bukan menyalahkan asignment tapi menyalahkan diri sendiri yang suka menangguhkan kerja. Minggu pertama main game, minggu kedua bercuti, minggu ketiga menonton televisyen, minggu keempat cuti lagi.. Masuk je minggu ke lima mula jadi macam lipas kudung tak tahu yang mana hendak dimulakan dulu.. SO.. Pengurusan masa memang penting untuk pelajar bukan sahaja pelajar sekolah malahan pelajar IPT juga.
Mempunyai jadual waktu yang tersendiri bagi mengatur masa belajar adalah penting. Ini kerana usaha belajar di luar darjah penting bagi mencapai kecemerlangan. Peruntukan waktu belajar yang tersendiri membolehkan pelajar memberikan penumpuan yang lebih terkawal. Pembelajaran secara berjadual juga dapat mengawal daripada berlaku pembaziran waktu secara rahsia. Di samping itu, ia memberi penguasaan pelajar pada pelajaran mereka secara teratur dan tersusun.
Ketiadaan jadual menyebabkan pelajar sukar mendisiplinkan diri. Bagi pelajar sekolah, berehat, lepak, menonton televisyen dan bermain merupakan suatu kemestian. Tidak terkecuali pelajar IPT yang terkenal dengan 4k iaitu kampus, kafe, kolej, dan kampung. Kehidupan mereka berlegar sekitar itu sahaja. Jarang masa untuk library, kerja amal dan aktiviti universiti.
Pelajar sukar bagi mencapai kecemerlangan kerana tidak mempunyai pengurusan masa yang tersusun. Masa yang begitu beharga dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa diisi dengan perkara berfaedah. Perkara ini merugikan pelajar yang sepatutnya tahu menghargai masa dengan perkara-perkara bermanfaat.
Oleh itu penting bagi seorang pelajar mengubah cara menguruskan masanya menjadi lebih tersusun. Sebaik-baiknya dengan mempunyai jadual waktu tersendiri. Apabila perkara ini tidak dilakukan maka pelajar tentu berada dalam keadaan yang sukar menjelang hari peperiksaan nanti.

No comments:

Post a Comment