Internal Value defaultContent

Monday, March 22, 2010

Antara Yakin, Percaya dan Yakin Boleh

Suatu hari, di suatu tempat yang jauh dari negara kita, berlangsunglah satu pertunjukan kemahiran. Tetapi pertunjukan ini amat luar biasa dan menakjubkan sekali. Seorang penembak akan menunjukkan kemahirannya menembak sebiji epal di atas kepala sebuah patung. Selepas membedek beberapa ketika, dia menarik picu pistolnya dan tembakannya tepat mengenai epal tersebut. Kemudian dia bertanya, "Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap?" Semua orang menjawab, "Ya, kami percaya."
Kemudian dia menutup matanya dengan kain hitam. Untuk memastkan dia benar-benar tidak boleh melihat, kapas diletakkan di atas kelopak matanya terlebih dahulu sebelum diikat dengan kain hitam tersebut. Seperti tadi, sebiji epal diletakkan di atas kepala sebuah patung. kemudian dia membedek lalu menarik picu pistolnya. Tepat mengenai sasarannya.
Semua yang hadir bertepuk tangan dan memuji-muji kehebatan penembak ini. Dalam pada itu si penembak tadi pun bertanya," Apakah tuan-tuan percaya saya seorang penembak yang cekap"? Semua orang menjawab "Ya, kami percaya". Sudah ada yang melemparkan duit ke dalam topi yang disediakan.
"Baik, sekarang tuan-tuan semakin percaya dengan kebolehan saya. Mahukah tuan-tuan saya tunjukkan lagi kehebatan saya untuk menambah kepercayaan tuan-tuan. Semau orang menjawab, "Mahu!"
"Jika begitu, saya akan meletakkan sebiji epal di atas kepala tuan-tuan. Saya akan menembak epal berkenaan tanpa mencederakan tuan-tuan. Saya jamin tuan-tuan tidak akan cedera. Siapakah yang usdi membantu saya menjayakan pertunjukan ini?"
Senyap. Tiada sesiapa menjawab.
" Tuan-tuan telah melihat kepakaran saya. Saya telah membuktikan kepada tuan-tuan saya boleh menembak dengan tepat walaupun dengan mata yang tertutup. Tuan-tuan juga telah mengatakan tuan-tuan percaya dengan kehebatan saya. Ada sesiapa yang sudi?" tanya penembak itu lagi.
Para oenonton tersengih-sengih, tiada seorang pun yang berani tampil ke depan. Akhirnya pertunjukan itu dibatalkan dan tidak pernah sampai ke penyudah.
Mengapakah tiada seorang pun yang berani tampil ke hadapan, padahal mereka telah melihat sendiri kehebatan penembak berkenaan melakukan kerjanya? Jawapannya mereka percaya tetapi tidak yakin.

Lihat, ada perbezaan antara percaya dengan yakin. Percaya sahaja belumlah cukup untuk menggerakkan concious mind dan subconcious mind, sebagaimana percaya sahaja belumlah cukup untuk menyatakan keyakinan terhadap kewujudan Allah, Malaikat, Nabi, Kitab dan Qada dan Qadar.
Apabila kita mencetuskan hasrat, sasaran, kehendak, azam, target dan cita-cita dihati, anda kena yakin anda akan menggapainya sewaktu meletakkannya di concious mind. Keyakinan anda tidak terhenti setakat di situ sahaja, anda kena terus yakin atau berikan keyakinan anda kepada subconciuos mind untuk melakukan sesuatu.

No comments:

Post a Comment